Penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi, menjadikan masa perjalanan lebih lama merupakan antara faktor utama menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing.<br /><br />Isu itu turut menjejaskan kualiti perkhidmatannya.<br /><br />Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, selain itu beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.
